Di pagi yang indah, kelihtan Asyraff Deniyel dan Marissa Maysra turun bergandingan menuju ke ruang makan sambil berborak mesra. Maklumlah orang baru kahwin, tu yang mesra sangat.
“Selamat pagi mama, papa.” ucap Asyraff dan Marissa serentak.
“Hai, selamat pagi Asyraff, Mariss. Eh, abang kamu mana, tak turun lagi ke?” balas Puan Maria sambil tercari-cari dengan anak lelakinya.
“Erm, entahlah kejap lagi turun la tu. Mama masak apa ni?” jawab Marissa ceria.
Puan Maria tersenyum mendengar soalan anaknya. Bukan tak tau anak perempuannya yang seorang ni, kalau bab makan memang nombor satu. Tapi itulah nasib baik pandai jaga badan, kalau tak…tak berlaki lah kau Mariss. Gerutu Puan Maria dalam hati.
“Duduklah,hari ini mama masak special sikit sempena perlahwinan Mariss dan Asyraff tau.” kata Puan Maria. Hari ini dia memang bersemangat untuk memasak resipinya sendiri. Pelbagai juadah yang dia sediakan sehingga hampir memenuhi ruang meja makan walaupun hanya untuk makan pagi sahaja. Maklumlah, dapat menantu baru.
“Emm.., patut sedap jer bau dari tadi.” Kembang kempis hidung Asyraff. Lalu dia duduk bersebelahan dengan isterinya.
“Eh, mestilah..tengok oranglah.” Puan Maria tersenyum bangga.
“Bau belum memastikan makanan itu sedap. Entah-entah tak sedap.” Usik Encik Sufian. Sengaja ingin melihat muka cemberut isterinya. Hah, memang sah muka isterinya sudah sudah bertukar rupa dari ceria kepada mencuka.
“Apa abang kata? Saya masak ni tak sedap. Dah yang selama ni abang makan duk puji beriya tu apa. Sengaja nak kenakan orang.” Puan Maria mencubit pinggang suaminya. Buat-buat marah.
“Aduh sakitlah, macam kena gigitan singa.”
Sejurus jer kata-kata itu, kelihatan ruang makan itu gamat dengan gelak ketawa mereka sekeluarga. Marissa tersenyum bahagia melihat pasangan kedua orang tuanya. Walaupun usia sudah berganjak naik namun kemesraan mereka tetap sama seperti dahulu. Dia berazam ingin menjadi seperti mereka. Marissa memandang Asyraff yang berada di sisinya.
“Dari tadi jer berborak. Bila nak mula makan ni?” Tanya Ahmad Zaky Iqram yang entah bila muncul.
“Ye tak ye juga. Hah Asyraff bacakan doa.” Suruh Encik Sufian. Yang lain sudah bersedia menadah tangan. Setelah selesai berdoa, barulah mereka mula sarapan.
Suasana sepi seketika.
“Bila kamu habis cuti?” soalan Encik Sufian memecah kesunyian. Dia memandang wajah bersih Asyraff.
“Rabu depan. Kenapa papa?”Asyraff memandang wajah Encik Sufian.
“Eh, sekejapnya. Kamu kan baru jer kahwin. Lebih elok cuti lama sikit.” Hari ini sudah masuk hari Ahad. Kiranya lebih kurang empat lagi hari tinggal. Encik Sufian mengira-ngira dalam hati. “Bulan madu dulu baru kami cepat dapat cucu. Papa dah lama berangan nak dapatkan cucu. Kamulah yang boleh bagi cucu kepada papa dalam waktu terdekat ni. Nak harapkan si Zaky ni, entah sampai bilalah nak dapat. Macam-macam alasan. Itulah inilah.”
Ahmad Zaky Iqram hanya tersenyum mendengar kata-kata papanya. Mengalahkan orang perempuan bebelnya. Siapa yang tak mahu kahwin, semua orang nak. Tapi tidak ada yang sesuai untuknya buat masa sekarang. Kalau adapun, sudah dimiliki orang. “Takde siapa yang nak, papa.” Jawabnya mudah.
“Hmm..kamu dari dulu sampai sekarang, itu jelah alasan kamu. Lali dah telinga papa ni dengar tahu tak?”
“Betullah apa yang Zaky kata. Memang takde orang nak.” Susah untuk percaya sebenarnya. Orang sekacak Farqi masakan takde orang yang nak. Nampak sangat yang dia tu terlalu memilih.
“Kalau betullah kamu takde, papa bolah kenalkan kamu dengan anak kawan papa. Cantik orangnya, namanya Ai..Ai..Ai apa entah.papa pun tak ingat namanya. Nanti papa kenalkan kamu dengan dia.” Sunguh-sungguh Encik Sufian berkata.
‘Haa...sudah, papa ni mulalah nak control aku’ bisik hati Ahmad Zaky Iqram. Mula tak senang hati.
Marissa tersenyum mendengarnya. Matanya melirik ke arah abangnya.
Ahmad Zaky Iqram teringat kata-kata papanya. ‘Tak mungkin. Aku masih mencintai Emely. Tapi…Emely sudah berpunya, apakah dia harus menerima permintaan papanya. Ah..semuanya pusing’ jerit hatinya. Ahamd Zaky Iqram meramas rambutnya. Fikirannya tidak mampu berfikir dengan baik. Dia baring di atas katilnya yang empuk. Otaknya perlu direhatkan dengan melelapkan mata sebentar atau mungkin lebih lama dari itu. Ye, dia harus rehat lebih lama.
Baru sahaja mata Ahmad Zaky Iqram ingin lelap, dia terdengar bunyi ketukan bertalu di pintu biliknya. Ah…kacau. Baru sahaja dia bangun membuka pintu, kepala Marissa sudah terjengul terlebih dahulu. Dia tidak jadi bangun.
“Abang nak tidur ke? Err..maaf kalau Adik menganggu.” Marissa ingin menutup pintu kembali.
“Mariss!” panggil Ahmad Zaky Iqram. “Masuk jelah, abang tak kisah pun.”
Mendengar sahaja kata-kata itu Marissa pun tersenyum dan menuju ke arah abangnya. Dia tahu abangnya mengantuk tetapi demi dirinya Zaky sanggup mengenepikan perasaan mengantuknya. Adik kesayanganlah katakan.
“Nak apa?” Tanya Ahmad Zaky Iqram setelah punggung Marissa mencecah katilnya.
Marissa tersenyum simpul sambil memandang ke arah abangnya. Ahmad Zaky Iqram hanya memandang adiknya yang tersenyum bagaikan kerang wangi. ‘Apalah...yang adik aku nak ni, macam penting sangat, sampai tak boleh nak tunggu esok.’ desis Ahmad Zaky Iqram dalam hati.
“Sebenarnya, adik nak tanya sikit ni. Ermm...betul ke, abang tak de girlfriend. Abang dah clash ke dengan Kak Emely?”
“Ehemm...a’ah kenapanya?” jawab Ahmad Zaky Iqram acuh tak acuh saja. Dia langsung tidak berminat dengan soalan adiknya itu. Lagi-lagi dia masih terasa kehilangan Emely.
“Eh, bila dan kenapa abang berpisah dengan dia?” terkejut Marissa mendengar berita perpisahan antara abangnya dan Kak Emely. Setahunya pasangan itu sangat bahagia, dan mereka telah bercinta sejak 6 tahun yang lalu. Tidak mungkin semudah itu mereka berpisah.
“Dia dah ada orang lain. Dia tak nak abang dah. Nak buat macam dah orang tak nak, takkan kita nak paksa pulak.” balas Ahmad Zaky Iqram separuh kecewa, setelah agak lama mendiamkan diri. Mengumpul semangat barangkali.
Marissa memandang wajah abangnya dengan perasaan simpati. Dia dapat lihat riak wajah abangnya yang berubah walaupun tidaklah terlalu ketara. Dia tahu abangnya sangat kecewa ialah masakan abangnya tidak kecewa, sedangkan mereka telah menjalani hubungan sejak sekian lama. Dia jadi serba salah mahu menanyakan perihal permintaan bapanya. Oleh kerana tak sampai hati melihat abangnya yang separuh mati itu. ‘Takpe, tanya nanti ajelah’ bisik hati Marissa.
“Tu je ke yang adik nak tanya tadi?” tanya Ahmad Zaky Iqram hairan.
“Aha...tak pelah, adik keluar dulu ye. Abang sambunglah tidur tu balik, sorrylah ganggu je abang nak tidur .” Marissa hanya mengiyakan walaupun dalam hatinya kata’tidak’. Dengan berat hati, Marissa melangkah meninggalkan kamar abang kesayangannya itu.
Jasmin Asmina 's said : Amacam, best tak? Yela macam mana nak tau best ke tak cite ni coz baru bab pertama,hehe..Nanti saya post yang seterusnya..Tapi tahun depan la kut...KOMEN? (untuk semangat sikit)
.jpg)